PAKSA VS PASRAH

December 20th, 2008 by hambahina

Assalamualaikum…

Dah 2 thn ak x manage blog aku ni.. tp hari ni rase nak tulis plak..Sepanjang 2 thn ni gak la mcm2 dah aku lalui.. Gelak, tawa, riang, sedih, hiba, pilu aku alami.. Banyak sangat..

Aku hilang orang tu, orang ni. Berhijrah ke sana, sini.. macam2. Tapi hari ni hari yang bersejarah yang xkn aku lupakan. Akan aku bawak sampai mati. Mmm sunnatullah, sape leh tolak or lawan kan.. Samelah cam aku. Aku ni dah la kerdil, banyak lak tu wat dosa. Kadang2 aku teringat lawak member2 aku dlu. Dorng kate “lau aku leh naik mesin masa doraemon, aku nak balik time kecik2 dulu” hahaha., memg lawak, tp pk2 tul gak. At least leh aku g tebus salah silap aku yg dolu2..

Balik tang hari yg aku xkan aku lupekan… Hari ni la. Tanggal 20 Disember 2008. Aku kehilangan sesuatu (benda @ orang, korg pk la sendiri…) yang amat bernilai pd aku. Walau aku tau aku lgsung x bernilai pd dia… Tapi x pe la, yang penting dia yg prtme hadir dlm hdup aku (korg dah pk lum???). Aku x penah rase syg sgt melaenkan ngan dia ni. Sbnrye xbgus sgt pn cintan2, n aku pn dah byk wat silap dlm cintan2 ni (ya Allah ampunkanlah aku!!!) Tp dia ni hadir, byk bg semangat kat aku. Dr time aku skolah dlu. n That time gak la Allah uji ngan mcm2 ujian.

Sampai la las2 skali dia buang aku cm tu je without knowing sgla salah silap aku pd dia. Ye r lau kite dah syg sesorg, msti r kite jge hbgn ngan dia kan. Mmm sampai 1 mse rpunyer dia dpt g o.sea pas skolah dulu.. ooo patutla kot dia buang aku (agknye la slah 1 sebb) Banding ngan aku ni, stdy pn bengong.. sampai la hampir sthun pas tu aku rase sunyi, dah la tu aku hilang lak beberapa ahli kuarge aku yg aku syg… Then mlm “perginye” insan yg aku syg tu, dia ada call. Aku pn yg ngah sedih, jd epy n tabah r sket. Rupnyer, tu la las dia kol aku.

Patah hati bro…(n sis gak) Aku pun xptus asa. Cari dia kat mane2. Tanye adik dia, adik asik menipu je. Bg alasan i2 ini. So aku mls r nak tnye lg, tkut byk lak dose dia n adik dia yg subahat kang. Sampai la aku terjumpe dia kat frenster ni la. N sebb tu gak la aku create profile kat frenster ni, lau x, xde aku hingin nak wat frenster nih… Then dpt gak la testi2 (skang dh jd ‘comment’) n msg wihout telling her ‘man ana’ (siapa aku)… Tapi, puas hati gak r dpt cntct dr dia yg kat obesi tu huhu. Kwn2 ckp aku ni bongok, sebb stil gak cari org yg dah nyampah kat aku… Pk2 tul gak. Tapi mm tu la aku!!!!! Aku mmg sush nak lpekan org yg walau baru seminit aku kenal. Ni kan plak dah berminit-minit, malah dah bertahun gak la..

Dia cantik bro, ramai peminat, kuarge pn berada. Ramai gle org suke, melambak, cam kat pasor lambak (stgh org pggl pasor malam) N opposites r ngan aku ni. But onnesly, aku lgsg x tgk rupe n sewk2 ngan dia… sume 2 leh hilang bro. Las2 pas aku reveal sape aku kat frenster, aku ingat dia accept n heppi. Tapi kebongokan aku terserlah pas aku sedar dia dh stat x testi n msg2 ak. Mmm terase nyesal lak reveal, tp xpela. At least aku tau dia mmg xleh accept ak. Then smpaila 1 ari ak tau sorg mmber kamcing aku kapel ngan cousin dia… Mmm aku ter’pk, mgkn ni takdir Allah untuk dktkan dia ngan aku (angan2 org bongok! bak kate member aku..) Aku pn nekad r. Ak bg dia novel pertama yg aku bce seumur hdup aku.. msti korg tau kan.. aku bg r kat dia via member aku 2. Aku ckp dlm ati, ni last try. Bkn give up. tp mm ckup2 r terhegeh2 kat org yg x perasan kewujudan aku… nk tau x tajuk novel 2?? mmm mm tak yah r bgtau nama ek? Novel indon, movie dia pn penah release kat Malaysia dulu huhu…Member aku tu kate, time dak 2 dpt novel 2, dia eppy gle. Cam dak 5thun yg baru2 nak pose tapi kene sogok ngan ais krim! Tapi jap2 bro, member ak x abes ayat dia lagi. Ni ayat seterusnya. aku ingat lg bro “Tapi pas dia tau novel tu dari ko, dia trus cam x eppy n dia nak pulang balik novel tu mid (nama pggilan member2 rapat) n dia nak bayor skali harge novel tu” Peh, berdesing telinga aku dengor. Dah r xnak bnda yg aku bg tu. Pastu siap nak bayor lak sebagai tanda aku dah susah2 beli la kononnya. Mak ai, terasa cam sampah pn ada, tikor buruk pn ada!!! Sedih beb.. Giler pnye sdih bro… Maruah2…. :(
Xpela, yg dah lepas2 r. Secara sinopsis nye.. cam yg aku ckp td, hari ni aku xkan lupekan sebb… Hari ni tarikh dia ‘nikah’ ngan plihan hati dia. Same lak ngan tarikh Mawi nikah, huhu. Aku dengor suami dia 2 pn baik orgnye.. Aku harap bgitu. Aku doakan dia n suami dia sentiase bhagia dlm Redho Allah, dunia dan akhirat. Dan melahirkan anak2 yg soleh-solehah, hafiz-hafizah, alim-alimah dan ustaz-ustazah…

Ya Allah… kuatkanlah jiwaku… tabahkanlah hatiku… Cukuplah Engkau bagiku… Dan kat cni gak aku nak mintak maap pd kenalan2 yang rapat or x, lau aku penah tersakitkan ati antum (korang), aku mintak maap. Dan gak kepada orang2 yg penah menyayangi n termencintai aku ni, aku pun nak mntak maap sebab hbungan kita x kekal. But doesn’t means kite putus kawan.. Coz Frens are better than lover!!! :) Aku bkn nak malukan diri sendiri ngan cite ni, pe tah lg nak malukan dia yg terlibat. Jus nak korg Jadikan cerita ak ni teladan je, k? Moge Allah Sayang kita semua. Kepada semua “Andai aku menjadi tanah, sudilah kirenye antum menjadi bunga, menghiasi dada ku….”

Mmm leh x aku nak dedicate lagu ni?? Harap2 leh la ek? Juz for orang yang aku xkan lupe sepanjang hayat aku. For da last time….

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa
kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu
memujamu
Tanpamu sepinya merantai hati

Ohh…
Bayangmu seakan akan…

Seperti nyanyian dalam hatiku yang
memanggil rinduku padamu
Ohh…

Seperti udara yang ku hela kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
memanggil rindu padamu
Ohh…

Seperti udara yang ku hela kau selalu ada,
selalu ada dan selalu ada
Yang selalu ada dan selalu ada..

*p/s : Terima kasih kepada kenalan2, para Asatizah MITT dan Dewan Pemuda Pas Tebrau yang dah banyak tolong n menjadikan aku insan yang matang dalam bermujahadah. Syukran wa barokollohu fiik.. :)
~$!L3nT pR@y3R 2008~

Bookmark and Share

Kriteria Lelaki Soleh..

December 13th, 2006 by hambahina

12 Disember 2006 - Sama-sama kita teliti kriteria Lelaki Soleh impian Wanita Solehah… Walaupun sebagai wanita muslimah punya banyak kelemahan, namun jauh di sudut hati tentunya mengimpikan seorang lelaki yang soleh yang bakal meminpin bahtera dalam rumahtangga yang dibina. Moga-moga dengan hadirnya pemimpin yang soleh dalam rumahtangga, bakal mencorakkan rumahtangga yang soleh juga… Tetapi perlu diingat, sekalipun kita punya kelemahan dari pelbagai aspek, jangan terus-terusan hidup dalam kekurangan dan kelemahan tersebut. Sedaya mungkin, kita juga perlu berusaha ke arah menjadi wanita solehah yang diimpikan… Insya Allah, mudah-mudahan… Mari sama-sama kita baca…

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12.Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13.Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14.Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15.Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.
16.Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia,sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu’ penuh kepada Allah swt.
17.kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

           Selain daripada ciri-ciri di atas, orang orang yang soleh juga merupakan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt setelah para nabi dan orang-orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Bookmark and Share

Hebatnya Saiyidina Abu Bakr As-Siddiq R.A

December 13th, 2006 by hambahina

11 Disember 2006 : Hari ni seperti biasa aku duduk2 jer kat rumah sempena meraikan cuti semester yang masih berbaki sebulan lagi. Tapi hari ni lain sket la, bahang panas matahari semacam je.. Ya Allah janganlah Kau uji kami begini. Ampunkanlah kami kalau kami tersilap.

Korang semua pasti tahu tentang satu kisah ni, satu hari selepas solat Rasululah S.A.W berdoa kepada Allah tentang 3 perkara. Dengan kuasaNya, Dia memperkenan 2 daripada doa Nabi. Diantara 2 yang diperkenankan tadi salah satunya ialah Allah memperkenan doa Rasulullah agar Umat baginda tidak mati atau meninggal dunia disebabkan bencana alam. Tapi saudara2 ku. Kita tengok sendiri, pada akhir2 zaman ni, makin menjadi2 bencana alam yang Allah turunkan lantas mencabut banyak nyawa. Pernahkah kita tanya diri kita kenapa ianya terjadi? Hmm.. jawapannya tepuk dada Tanya Iman..

Sebenornya aku nak cerita tentang 1 kisah lain. Kisah ni tentang para sohabat. Aku rase korang jarang2 dengar kisah ni. Ceritanya begini.. tahu tak kita betapa hebatnya pengorbanan Rasulullah dalam memperjuangkan Islam?? Semangat yang ada pada Rasulullah tu meresap ke dalam semua jiwa para sohabat dan sohabiyah. Pendek kata, apa yang Rasulullah buat, para sohabat dan sohabiyah akan ikut. Salah seorang sohabat yang terkenal dengan tingginya nilai pengorbanan beliau ialah Saiyidina Abu Bakr As-Siddiq R.A. Kalau aku nak cerita tentang pengorbanan beliau sejak memeluk Islam, maka takkan habislah. Jadi aku akan share ngan korang tentang secebis kisah tentang beliau..

Saiyidina Abu Bakr As-Siddiq R.A 

Kisah pengobanan Saiyidina Abu Bakr As-Siddiq R.A amat menyayat hati. Kalau korang nak tau, Saiyidina Abu Bakr As-Siddiq R.A adalah seorang hartawan di zaman Rasulullah. Beliau mempunyai berpasang-pasang pakaian yang tidak mampu dimiliki oleh orang lain. Malah ada 1 kisah mengatakan pakaian beliau bersulamkan permata yang berkilau dan kekayaan beliau sehinggakan mampu menukar pakaian yang berlainan setiap hari. Kalau dalam istilah kita hari ni, baju pakai buanglah.

Tapi selepas mengenal Islam, semua harta dan kekayaan itu dinfakkan untuk perjuangan kaum muslimeen. Sehinggakan dalam satu kisah menyebutkan bahawa di akhir2 hayat Saiyidina Abu Bakr As-Siddiq R.A, beliau hanya memakai pakaian yang bajunya diperbuat daripada sarung guni dan butangnya daripda duri. Tengoklah kawan2 orang yang kaya-raya, yang mula2nya mampu pakai baju yang mahal2 yang kita pun tak mampu beli, akhirnya kerana Islam, beliau memakai pakaian sedemikian yang aku pasti tak de orang miskin atau papa pun di negara kite yang pakai macam tu. Lagi satu, semasa diakhir hayat Saiyidina Abu Bakr As-Siddiq R.A, beliau berkata “Andainya Allah izinkan, akan ku tutup pintu neraka dengan badanku agar umat manusia tidak dapat masuk ke dalamnya.” Ni antara kesah yang bila aku dengar or baca, surely air mata aku pasti menitis. Memang sedih..

Tapikan kawan2 Allah tu Maha Adil, apa kebaikan yang kita buat n Dia suke.. pasti kita akan terima ganjarannya. Diantara ganjaran terhebat yang dikurniakan Allah kepada Saiyidina Abu Bakr As-Siddiq R.A ialah…….. 1 hari Allah memerintahkan Malaikat Jibrail agar terbang mengelilingi dunia. Untuk pengetahuan semua, Malaikat Jibrail ni ada beratus-ratus sayap.

Ada

riwayat mengatakan sehingga 900 sayap. Mestilah Malaikat Jibrail ni hebat,

kan

dia ketua segala Malaikat.. Ok sambung balik, so Malaikat Jibrail pun terbanglah.. Dia hanya menggunakan satu sayap dan bebarapa ketika atau sepantas kilat sahaja untuk menelilingi dunia yang tiada sempadan ini. Hebat2!! Kemudian Allah perintahkan Malaikat Jibrail untuk mengelilingi syurga Saiyidina Abu Bakr As-Siddiq R.A, lalu seperti biasa tanpa berlengah, Jibrail pun terbang. Terbang punya terbang… sehinggakan terpaksa mengunakan kesemua 900 sayap, akhirnya Malaikat Jibrail memohon ampun kepada Allah S.A.W bahawa Malaikat Jibrail dah tak larat untuk meneruskan perintah Allah itu. Lalu nak tau apa yang Allah kata kepada Malaikat Jibrail?? Allah berfirman “Wahai Jibrail, sesungguhnya engkau hanya mengelilingi di anjung2 syurga Saiyidina Abu Bakr As-Siddiq R.A sahaja” Lihatlah betapa hebat kurniaan Allah kepada hambanya yang berkorban dan menyerahkan jiwa dan raganya hanya untuk Islam. Kawan2 ku, jangan kata kita tak boleh menjadi seperti itu, or mungkin kerana mereka adalah sohabat Nabi. Tu semua kata2 orang yang tak percaya pada Tuhan. Dan menafikan Keadilan dan Kehebatan Tuhan. Kita jua mampu meraih pengampunan dan kurniaan Tuhan. Semua itu terletak pada diri kita. Kerana… “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri. Tepuk dada Tanya………Iman!!

Bookmark and Share

Salah Tanggapan Tentang Jamaah Tabligh..

December 13th, 2006 by hambahina

        Segala puji bagi Allah Tuhan Pemelihara Seluruh Alam, Salawat dan Salam semoga tetap dilimpahkan kepada sebaik-baik Nabi Rasul Muhammad SAW dan seluruh pengikutnya sampai hari pembalasan.

Selanjutnya, kalau anda belum pernah melihat seseorang, atau kelompok/jama’ah dari dekat, dengan bersahabat atau dengan partisipasi, anda tidak dapat menghukuminya dengan pandangan yang benar. Sebab sudah jelas bahawa apa saja yang anda dengar dari orang-orang itu belum tentu benar dan tepat. Maka dari itu Allah memerintahkan kita:

  “Apabila seseorang fasiq datang membawa berita kepadamu, maka selidikilah …“

Rasulullah bersabda:

“Cukuplah seseorang dikatakan pembohong, bila ia memberitakan segala yang ia dengar”.

Saya, penulis kata pengantar ini dengan segala kerendahan hati menuturkan bahwa saya telah menyelesaikan studi di Madrasah Deoband, mendapat Asy-Syahadah AI-Alamiyyah di Universitas Khoirul-madaris, Multan Pakistan pada tahun 1382 H. Kemudian saya mengajar di beberapa Pesantren antara lain Sahiwal, Faishol Abad, Jehiem, Rawalpindi di Islamabad. Hubungan saya dengan Amir Jama’ah Tabligh di Pakistan iaitu H. Basyir Ahmad rahimahullah, cukup rapat, tetapi saya belum tahu kepentingan aktifitas jama’ah ini. Sampai akhirnya Allah SWT memberi kehormatan kepada saya untuk dapat diterima di Fakultas Da’wah dan Ushuludlin, universitas Islam Madinah AI-Munawwarah Pada hari ketiga dari diterimanya saya di Universitas Islam, saya dan Seluruh mahasiswa asal

Pakistan

diundang oleh Syaikh Sa’id Ahmad ke Masjid An-Nuur. Beliau telah menerangkan kepentingan usaha yang agung ini. Dan sejak itulah ucapan Syaikh Sa’id begitu berkesan dihati saya dan saya mendapat kesempatan untuk melihat jama’ah ini dari dekat.

        Pada tahun 1395 H saya mendapat kesempatan untuk khuruj fisabilillah selarna 40 hari ke

Sudan

. Saya menjadi tahu bahwa mereka adalah orang-orang yang hatinya telah terbakar oleh kesedihan dan kerisauan yang dalam karena melihat keadaan umat Islam di hari ini Dalam kerja besar ini mereka tidak mempunyai kepentingan-kepentingan dan tujuan-tujuan peribadi. Dan karena keikhlasan dan kesungguhan mereka dalam da’wah. Allah SWT telah memberikan hidayah kepada banyak hamba-hambanya,

Dalam penjalanan khuruj tersebut di stasiun kereta api (Syindi) saya telah melihat seorang pemuda

Tunis

bersarna dengan seorang gadis Amerika. Waktu itu kami dalam perjalanan menuju ke

Port Sudan

. Pemuda

Tunis

tersebut ikut naik di kendaraan kami, maka seorang diantara kami berbicara kepadanya tentang iman, sehingga Allah SWT telab memberikan karunia hidayah kepadanya. Setelab kepulangan kami ke

Saudi Arabia

, pemuda tersebut telah datang untuk melaksanakan Umroh dan ia telah hafal beberapa juz AI-Qur’an. Adalah sangat kebetulan sekali, pemuda itu termasuk keturunan As-Sadaat dan ia mempunyai keluarga di Madinah AI-Munawwarah.

       Setelab tamat dari fakultas Da’wah dan Ushuluddin di Universitas Islam Madinah Al-Munawwrah saya menjadi tenaga da’I (pendakwah) dari Lembaga Riset Jamiyah, Fatwa, Da’wah dan Bimbingan Islam di Mauratius kemudian di negeri Bahrain dan bekerja di sana selama 12 tahun. Dalarn masa itu, saya telah mengunjungi banyak negara. Sungguh saya belum pernah melihat pengaruh jama’ah manapun yang menyamai pengaruh Jama’ah Tabligh. Dan karena takut dari pengaruh jama’ah ini, sebagian orang menentangnya dan melemparkan tuduhan-tuduhan yang berbahaya. Tetapi karena keikhlasan mereka, Allah SWT selalu menolong dan membela mereka dengan bantuan ghaibNya.

Buku yang ada dihadapan anda, saya beri nama “Jilaaul Adzhan” (menyingkap tabir kesalah fahaman terhadap Jama’ah Tabligh) yang merupakan kumpulan surat-surat para ulama yang Mukhlis di Kerajaan Saudi Arabia, yang diketuai oleb Yang Terhormat Syaikh Abdul Aziz bin Abdillab bin Haz (semoga Allah senantiasa menjaga beliau). mi merupakan bantuan ghaib dan Allah Aza Wajalla untuk Jama’ah Tabligh. Kumpulan surat-surat mereka mengandung dorongan semangat untuk jama’ah ini, serta anjuran dan galakan untuk belajar dan mengajar, juga dorongan semangat untuk memperbaiki aqidah.

       Yang lebih penting lagi surat-surat tersebut mengajak untuk menyelamatkan ummat dari perpecahan dan perselisihan menuju persatuan Maka dari itu saya telah berfikir untuk menyebar luaskan surat-surat tersebut seperti apa adanya, supaya ummat Islam bersatu diatas satu kalimah. Umat Islam yang terpecah-pecah di zaman ini menghajatkan kepada persatuan lebih besar lagi dan pada di zaman sebelumnya.

Keamanan dan ketentraman tidak rnungkin terwujud kecuali dengan kembali kepada Al-Quran dan AI-Sunnah, rnernpraktikkan tuntutan-tuntutan keduanya, melaksanakan da’wah dan dengan mewujudkan solidaritas Islam.

       Akhirnya saya mengucapkan terima kasih kepada yang terhormat Syaikh As-Sayyid Nafis Al-Huseiny, semoga Allah SWT menjaga beliau yang telah memerintahkan kepada saya untuk melaksanakan kewajiban saya dengan sebaik-baiknya terhadap usaha yang agung ini.

Sebagai penutup saya mengucapkan terimakasih yang sebesar-besarnya kepada seluruh penanggung jawab di kantor Dar AI-Hasan untuk percetakan dan terjemah di markas FB, Ayyub Market,

Islamabad

. Mereka itu adalah Syaikh Raghib Hasan, Syaikh Ahmad Hasan, semoga Allah SWT menjaga beliau berdua, juga pakar lay out saudara Sulaiman Haidar, semoga Allah menjaganya, yang telah mengerahkan segenap kemampuan mereka untuk penulisan dan pencetakan buku ini dalam bentuk yang baik dan indah. Semoga Allah membalas kebaikan mereka semua.

       Saya berdo’a kepada Allah SWT agar menjadikan usaha saya yang sederhana ini penyebab persatuan ummat islam. Dan semoga Allah SWT memberikan taufik kepada ummat ini untuk melaksanakan kerja mereka yang hakiki yaitu amar ma’ruf nahi munkar, sehingga berhasil meraih kembali kehormatan dan kejayaan mereka seperti dimasa yang lalu. Amin…

Shalawat dan salam semoga tetap dilimpahkan kepada Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga beliau dan seluruh sahabat.

~ Petikan dari al-johan.com

Bookmark and Share

Peristiwa malam Ramadhan 2

November 15th, 2006 by hambahina

Assalamualaikum…

    Lame dah rasenye x menaip ni, sampai tgn dan jari-jemari pn jd kekok. Bukan pe, al-maklum la dah cuti sem… Tgh layan LMA Soccer Manager ni, teringat lak aku pd 1 peristiwa yg jugak dalam bulan Ramadhan yg lalu..

     Pagi tu aku bangun awal sebab ada Mock Interview kat kolej.. Tapi bukan betul, kire ‘rehearsal’ je.. Biasa la kan, dah nama interview mesti kena ada bukti dari mana kita dapat tahu jawatan yg kita nak mohon tu. Jadi, buktinya ada dalam surat kabor NST. Mase interview yg betul2 nanti, merangkap esok..kene la bawak bukti tu, kalau x fail la jawabnya..

     Esoknya aku pun cam biase, bangun awal dan bersiap-siap.Walaupun turn kami (berkumpulan), kul 2 petang tapi kitorang dah janji nak datang awal dan nak diskas untuk mantapkan lagi interview tu nanti. Untuk pengetahuan korang bahan bukti (risalah NST) tu aku yang pegang. Bile dah sampai kat bilik Lee (hostel), kitorang pun start r bincang. Nak jadi cerita aku leh tertinggal lak risalah tu yang jugak mengundang kemarahan Lee dan Max.. Aku punya la rase bersalah nak2 bile Max kate, " Tak pe, aku dah biase dikenakan oleh member2". Walaupun aku agak tersinggung dengan kate2 pedas die, tapi Max layak cakap cam tu sebab dia ni rajin sket. Application letter dan resume, die la yang buat. Aku ngan Lee copy je. So, untuk menunjukkan sikap bertanggungjawab aku, aku pun g balik la rumah untuk amik…

     Sampai je kat rumah, aku pun dengan yakinnya g la kat rak buku aku (tempat aku simpan keje2 aku). Memang kat situ la aku simpan segala buku, esaimen n keje2 aku. Tapi aku mula menggelabah bile keratan tu tak de walaupun dah masuk lima belas kali aku bongkar. Tambahan 5 kali aku cari kat serata rumah. Bukan tu je, setiap helaian buku termasuk buku2 housemate aku pun aku bukak. Tapi usaha aku sia2 je. Ya Allah, aku punye la serabut. Kenapa la ujian ni diberi kat aku…

    Walaupun dah tau akan mendapat kemarahan diorang wat kali yg kedua, nak taknak aku kene gak bagitau diorang. Aku g la umah Max lepas aku tepon Lee. Lee o.k je, cuma Max r, ayat2 sentimental die buat aku lagi rase bersalah, pressure n mendidih pun ada. Aku pun cube cool kan diri aku dan die. Aku selak selai2 surat kabor Inggeris yg ada.. dalam pada tu, Max kate "Kau cari dulu n aku wat yg lain (dengan nada bengang)." Dah tu aku pun stat kete dan memecut cam Schumacer (team ferrari) g ke semua kedai di daerah tu. Aku cek semua paper hari ni sampai la yg minggu lepas, tapi takde gak iklan tu. Lagi la aku serabut. Jam waktu tu menunjukkan lagi spuluh minit kul sebelas.Maknenya aku cuma ada 3 jam 10 minit je lagi. Aku terduduk jap. Pressure!! Aku pun capai ubat aku, telan n stat kete balik…

     Aku g balik umah dan nak cari buat kali yang terakhir. Sampai je kat pintu rumah, mase tengah bukak sepatu……Oho untuk pengetahuan korang jugak, kat umah tu bilik tido aku ialah kat bahagian bawah merangkap bilik orang gaji, dan meja stadi + meja komputer aku pun kat bawah (kat depan TV). Jadi bile bukak je pintu rumah, terus la nampak PC n meja stadi aku. Sambung balik, mase tengah bukak sepatu (kasut) tu, aku ternampak tikor sembahyang aku yg terlipat rapi. Terus aku teringat yang aku lum solat Dhuha lagi sebab berebut nak g kolej awal tadi la… Pada mase yg same aku teringat gak pada frame ayat Qur’an kat bahagian saf imam di surau kolej aku.. Ayat tu berbunyi "Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sobar dan mengerjakan solat". Aku pun apa lagi, terus capai kepala paip dan ambik wudhu’. Terus aku perform solat sunat Dhuha. Sambil tu aku mohon ampun kepada Allah atas dosa yang aku dah lakukan sampaikan Allah uji aku camni skali…

     Lepas aku beri salam (setiap kali sembahyang), aku akan selalu tengok sebelah kanan (dah habit sejak kecik) sambil berzikir sket2. Tapi kali ni, bile aku pandang sebelah kanan,(pada rak buku aku)..aku rase berdebar-debar. Tak tau nape. Aneh betul!! Habis je doa, untuk melegakan perasaan aku tadi, aku pun pegi la kat rak buku tu…..

      Ya Allah!! Alangkah terperanjatnya aku bile aku selak je ‘cap’ aku kat rak tu, aku ternampak 1 benda yang aku sama skali tak sangka…. iaitu keratan akhbar tu..!!! Aku punye la bersyukur sampai menangis-nagis.. Lepas je sujud syukur, aku pun tanpa melengahkan mase terus la ke rumah Max. Aku pun dengan excitednya bagitau Lee dan Max yang aku dah jumpa keratan tu. Diorang pun tersenyum happy.. Jam pun dah hampir kul 12tgh hari. Kitorang cume ada 2 jam je lagi. Pe lagi, pulun bincang la. Dengan bantuan Allah, idea pun datang mencurah-curah.. Ending dia… mmmmmm kitorang antara da best la dalam betch kitorang….

     Cerita ni cam aku nak riak n takabbur je kan?? Sebenornye motif aku bukan nak cite tentang kehebatan aku or tentang ‘ending’ dia… Cume aku nak share ngan korang sume, bahawasanya… bile kita ada masalah walau sebesor mane pun.. atau yang tak mungkin dapat kita selesaikan.. rujuklah masalah kite tu kepada Allah dulu.. bukan kepada makhluk… Tengok!! Sorang makhluk pun tak dapat tolong aku…. Tapi Allah….dia yang Maha Berkuasa, yang mengatur dan merencana segala-galanya untuk makhluk2Nya.. Jadi kite mintak ngan Dia dulu la…kan??

     Tepatlah Firman Allah yang aku sebutkan di awal-awal tadi "Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sobar dan mengerjakan solat." Allah dah bagitau dah.. tapi manusia ni yg masih lum sedar atau buat2 tak sedar. Lagi 1 ustaz aku (Ustaz Hafiszi) pernah cakap dalam kuliahnya.. "Allah tak pandang hasil kerja kita, tapi usaha kita…" Maknenya kat sini Allah tak kire kita menang atau kalah, berjaya atau tidak (specially dalam konteks agama), Dia hanya lihat sejauh mana usaha kita untuk mencapai sesuatu tu.. Tengok mase zaman Nabi dulu, kalau nak ikutkan Nabi dan Para Sohabat lum berjaya lagi sebab tak semua orang yang hidup pada zaman Baginda, masuk Islam tul tak?? Nabi sendiri pernah menangis di kala ada seorang kafir diusung mayatnya lalu dihadapan Baginda. Tapi, atas usaha yang tak mengenal erti jemu, Allah Ta’ala mengurniakan bermacam-macam jenis nikmat kepada mereka. Sehinggakan ada di kalangan para Sohabat yang dijamin masuk syurga walaupun mereka masih hidup!!

     Itu jelah yg dapat aku kongsikan kali ni… Sori ye kawan2 coz amik mase korang untuk baca cerita aku yg panjang berjela ni.. Semoga korang semua dapat manfaat berserta keRahiman Allah Ta’ala dan syafaat Rasulullah S.A.W. InsyaAllah next, aku akan cerita tentang cerita2 pelik dan ajaib yang antara korang aku sure belum pernahdengor, hehe

Sekian, wassalam…

~ $!L3nT pR@y3R ~   

Bookmark and Share

Peristwa Malam Ramadhan..

October 6th, 2006 by hambahina

Assalamualaikum..

Ni aku nak cerita sket kesah aku

pada bulan Ramadhan tahun ni.

Masa tu 6 hb oktober 2006.

Walaupun banyak thesis and esaimen

yang nak submit diz week,

tapi aku tetap curi mase untuk

balik, niatnya nak buke pose ngan

kuarga.. Dah penat drive dr ibukota, akhirnya

berjaya gak aku sampai kat kampung

aku yang aku sayangi..

Malam tu aku tak gi surau, aku wat terawikh

kt umah je ngan mak.. sebab letih sangat..

Pas terawikh je.. aku ingat nak tido jap

sebelum nak pekene wat esaimen malam

nanti. Tapi baru je aku nak lelap, syed

and afiq (member baik aku) tepon. Dia

kata instinct diorang mengatakan aku balik.

Memang tepat, walaupun tak sape pn tau kecuali family aku..

Magik ar diorang ni.. Pas tu die ajak aku

g minum.. takkan nak tolak lak kan??

Dah member baik ajak.. Then aku

pn ngan cargasnye terus capai helmet

steng aku dan bergegas ke gerai mamak

kat pasor melayu.. Sebelum sampai ke gerai tu

kalau korang nak tau, aku kene lalu depan

masjid jamek yang terindah lah kat tempat aku..

Betul2 depan pintu gate masjid, walaupun aku tengah

mecut, aku nampak sorang hamba Allah ni tahan kenderaan.

Pakaian die tu yang wat aku perasan. Dia lengkap

berjubah dan bersarban.. Aku pun pekene usha la die ni..

Aku pun membuat sinopsis yg pakcik ni tgh tahan

sesapa yg sanggup nak anto die..

Aku pun pegi la kat die n beri salam..

Pas jawab salam aku, pakcik ni terus pegang tangan

aku n cakap " Masjed ni tengah lapor!! "

aku pun terdiam la sejenak. Masih tak paham maksud dia..

Pastu die kate lagi.. " Manusia la makanan masjid

dan surau2, tapi malam ni masjed ni cam tak

makan je.." mmm baru la aku paham, penye

pakcik ni sedih sebab masjed yg besor tu

tak ramai orang datang, walaupun belum masuk pertengahan

Ramadhan. Terasa gak la aku yang hina ni..

sebab malam tu aku pum tak g masjid..

tak larat sangt.

wat terawikh ngan mak je kat umah..

then aku pun anto la pakcik ni..

kat atas motor tak abis-abis

die bg nasihat kat aku..

die tak nak aku jd cm anak mude

lain kat luor nu..

"InsyaAllah pak cik.." aku bagi respon

belok kiri, belok kanan, kiri balik

sampai la kat umah pakcik ni..

lagi skali die tak putus2 nasihat kan aku..

aku pun terharu..

walau tak de pertalian darah..

ada gak orang yg stil

nak nasihatkan aku…

pas dia beri salam..die terus pergi..

tapi sebelum tu..

berpuluh kali die berterima kasih kat aku..

sampai serba salah aku dibuatnye..

Pas die menghilang aku pun p la

jmpe member2 aku td..

Dalam perjalanan tu..

nasihat die tadi terngiang-ngiang

kat telinga aku..

berderau gak darah sekali-sekala..

tapi apepun moralnye kat cni..

aku nak seu pada diri aku dan korang

sume khususnya yg bergelar lelaki..

tempat solat sebenar bagi lelaki

ialah di surau atau di masjid

bukan kat rumah..

sebab Allah berfirman..

"Laki2 yang bertemu dan berpisah

kerana Allah, akan mendapat kerahiman Allah

di hari pembalasan kelak.."

~ $!L3nT pR@y3R ~

Bookmark and Share

Si cari tercari-cari Dalam Pencarian..

June 30th, 2006 by hambahina

Lg Assalamualaikum w.b.t

    Perkataan ‘cari’ orang tak selalu gune. Dan macam tak bergune je. Tapi aku rase ‘cari’ dan ‘manusia’ adalah sinonim dua nama yg tak dapat dipisahkan. Manusia hidup untuk mencari..percayalah…

   Cari ape?? mmmm… banyak…cari itu, cari ini.. Tapi, lain orang lain pencariannya walau pada hakikatnya sama perintahnya.. Aku ni tak pandai pun.. Pandai cakap je.. maaf ye..

   Maka si pencari ini mengadu pada hatinya. "Wahai hati apa yang aku inginkan sebenarnya?? Kau tentu tahu hati!" Lalu si hati menjawab "Kalau kau ikut aku, kau pasti mati!" Termangu sejenak si pencari.. Betul jugak kata si hati.. Lalu si pencari mengorak langkah mencari si akal. Bertanyakan soalan yang sama "Wahai akal apa yang aku inginkan sebenarnya?? Kau tentu tahu akal!" Tanpa memberi ruang untuk masa mencelah, si akal seakan memberi nasihat; "Kalau kau ikut aku, kau akan tersasar!" Sekali lagi si pencari itu termenung.

   Aku gagal kali ini untuk merungkai jawabannya.. keluh si pencari. Tiba-tiba kedengaran satu suara menyampuk "Jangan risau, satu hari nanti dapatlah kau jawabannya". Suara adalah satu yang natural yang biasa didengar dan dipertutur oleh manusia. Tapi suara ini amat berlainan!! desus si pencari. Bahasanya amat halus, teratur, teliti, lembut, sejuk, dingin, tenang dan macam2 lagi yang sama arti dengannya.. Sepertimana ombak tsunami, seperti itulah gemuruhnya lonjakan darah si pencari.. Tapi situasi ini menjadikan si pencari sekali lagi termangu dibuai seribu satu pertanyaan. Suara siapakah itu?? Adakah makhluk atau vice versa? Makhluk nyata?? Atau tidak?? Seakan - akan suara seruan Kekasih Tuhan…

    " Ya benar!! Itu suara seruan.." kata si pencari lagi. Sejak hari tu suara itu bermain di benak, bergegar di hati dan sentiasa terngiang-ngiang di telinga si pencari. Dengan izin Tuhan yang Maha Esa, sekumpulan si Penyampai membawa berita gembira dan mengajak si pencari meneruskan perjuangan memartabatkan Sunnah Rasulillahi S.A.W. Gembira bukan kepalang si pencari. Dia semakin pasti, itulah rungkaian bagi persoalan selama ini. Lantas dengan penuh bersemangat, si pencari itu tadi berkata, "Sahabat, aku sangat-sangat mencintai Tuhan dan Rasulku!!" Lantas seorang daripada si Penyampai tadi dengan penuh rasa tawadhu’ lantas bersuara; "Apa benar kau mencintai Tuhan dan Rasul mu??" Walau sedikit kehairanan tetapi tetap bersemangat, si pencari seperti puluru menjawab, "Benar ya sahabat!!" Lantas dengan senyuman yang belum pernah menghiasi pandangan si pencari, dia melihatnya pada dinding muka sahabatnya lantas sahabatnya berkata; ‘Jika benar kau mencintai Tuhan dan Rasul mu, nantikanlah UJIAN yang akan datang padamu sederas air yang mengalir.." Si pencari yang pada mulanya bersemangat dan ceria dengan tiba-tiba merasakan seperti renjatan elektrik menyapanya dari hujung rambut hingga hujung kaki. "Ini berita gembira atau ancaman??" bisiknyanya ringkas..

    Lain harinya berasama sahabat baru, si pencari ke sebuah tempat yang tak pernah dikunjunginya dan tidak sama sekali terfikir untuk dikunjunginya. Tempat yang amt sederhana tetapi cukup untuk melenturkan hatinya sepertimana lenturnya besi dibakar api yang kuat. "Apa istimewanya tempat ni??" Kenapa hatiku tuba-tiba sejuk dan tenang??" desusnya lagi. Suasana yang jarang-jarang dapat dinikmati terutamanya di bandar-bandar besar. "Wahai sahabat, di sinilah bermulanya perjalanan kita". Di tempat yang damai, tenang dan tempat berkumpulnya pra Malaikat memuji-muji Khaliqnya. Bertambah lentur lagi hati si pencari tetapi Imannya terasa ada peningkatan seperti termometer yang disua ke mulut orang yang sedang demam panas.

      "Di sinilah tempatku! Di sinilah tempatku! Aku telah bersua dengan apa yang aku cari selama ini". Sekali lagi satu suara menyampuk dari arah belakang si pencari, "Sebenarnya di sinilah tempat semua orang’ bukan kita - kita sahaja. "Mereka bukan tak mahu, tapi tak tahu, jadi kitalah yang bertanggungjawab memberitahu mereka disamping memperbaik diri kita yang hina ni". Ketenangan yang jelas terpancar di raut wajah Si Pencari kini jelas selepas menjejakkan kaki ke situ dan selepas mendengar bait-bait ringkas daripada sahabat barunya. Di tepat baru ini juga dia mengenal rapat Tuhannya, Rasulnya dan saudaranya.

P/S : Kepada sahabat2 sekalian (man, yin, eng, pe’i, kerol, ustaz, bob dan semua yang diingati) teruskan kerja kita lagi dan lagi sampai kita tiada lagi..Allahuakbar!!   

     Nantikan sambungannya nanti (InsyaAllah dalam mase terdekat..>>author)

Bookmark and Share